Friday 21 February 2014

Komposisi Lava Gunung Berapi

Satu cara lain mengelaskan gunung berapi adalah melalui komposisi bahan luahan (lava), kerana ia memberi kesan kepada bentuk gunung berapi. Lava boleh dikelaskan kepada 4 komposisi berlainan (Cas & Wright, 1987):
1. Sekiranya magma letupan mengandungi peratusan besar (>63%) silica, lava ini dikenali sebagai felsik.
  • Lava Felsik (atau rhyolite) cenderung menjadi amat likat (tidak begitu cair) dan meletup sebagai kubah atau aliran putung pendek. Lava likat cenderung membentuk gunung berapi strato atau kubah lava. Puncak Lassen di California merupakan contoh gunung berapi terbentuk oleh lava felsic dan merupakan kubah lava yang besar.
  • Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan dasyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik (ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi sebegitu, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi tinggi keatmosfera, dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.

  • Lembah Sepuluh Ribu Asap (Valley of Ten Thousand Smokes) di Alaska, terbentuk hasil letupan Novarupta berhampiran Katmai pada 1912, adalah satu contoh aliran piroklastik tebal atau mendakan ignimbrite. Debu gunung berapi yang cukup ringan untuk dihambur tinggi pada atmosfera Bumi mampu bergerak berkilometer sebelum jatuh ke bumi sebagai tuff.
2. Sekiranya letupan magma mengandungi 52-63% silika, lava ini dikelaskan sebagai sebatian "serdahana".
  • Gunung berapi "Andesite" biasanya hanya wujud di atas zon subduktion (contoh. Gunung Merapi, Jawa Tengah di Indonesia).
3. Sekiranya letupan magma mengandungi <52% dan >45% silika, lava ini dikenali sebagai mafik (disebabkan ia mengandungi peratusan magnesium (Mg) dan besi (Fe)) atau basalt yang lebih tinggi. Lava ini biasanya kurang likat berbanding lava rhyolitik, bergantung kepada suhu letupannya; ia juga cenderung lebih panas berbanding lava felsik. Lava Mafic wujud dalam keadaan yang luas:
  • Pada rabung tengah lautan, di mana dua kepingan Tektonik lautan mencapah, lava basaltik keluar sebagai lawa bantal untuk menutup regangan;
  • Gunung berapi perisai (Contoh. kepulauan Hawai, termasuk Mauna Loa dan Kilauea), pada kerak lautan dan kerak benua;
  • Sebagai basalt banjir benua.
4. Sesetengah letupan magmas mengandungi <=45% silika dan menghasilkan lava yang dikenali sebagai ultramafik. Aliran ultramafik, juga dikenali sebagai komatite, amat jarang; malah, hanya beberapa letusan pada permukaan Bumi semenjak Proterozoik, apabila suhu aliran planet adalah lebih tinggi. Ia adalah lava terpanas, dan kemungkinannya lebih cair berbanding lava mafik biasa.